Skip to main content
Berita TempatanPahang

Penerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia Hargai Pemberian Tablet

By 20 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : Zayana Isa/PRO POLISAS Kuantan

KUANTAN, 20 Okt (Malaysiaaktif) – Penerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia menghargai pemberian tablet daripada kerajaan.

Fajar Rudin Ismail Jamah Sari, 20, pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah berkata, beliau amat berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian tablet ini.

“Dengan adanya tablet ini, saya dapat memanfaatkannya sepanjang pengajian saya dan terima kasih Keluarga Malaysia,” katanya yang ditemui sejurus selepas menerima peranti berkenaan.

Sementara itu, Nithyaa Sri Kunalan, 19, pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik merasa gembira kerana layak menerima tablet PerantiSiwa ini.

“Terima kasih atas pemberian ini dan saya akam gunakan sebaiknya untuk tujuan pembelajaran,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda