
Laporan/foto: Siti Aminah Johari/Ow Yeang Khang Ting
BANDAR TENGGARA, 2 Okt (Malaysiaaktif) – Objektif utama Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) dalam sektor peruncitan dengan kaedah elektronik seperti penggunaan e-dompet bukan sahaja mudah, cepat dan selamat tetapi ianya dapat memberi peluang kepada peniaga untuk mengurus perniagaan mereka dengan lebih baik dan efisien.
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Dato’ Sri Dr. Adham Baba berkata demikian semasa perasmian program ReDI dan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) Peringkat Parlimen Bandar Tenggara di Perkarangan Pasaraya Song Mart, di sini hari ini.
“Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) Negeri Johor dapat membantu mengatasi isu kos sara hidup dan inflasi masyarakat,” katanya.
Program ReDI merupakan kolaboratif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Pejabat Parlimen Tenggara, agensi-agensi kerajaan negeri dan rakan strategik seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Maybank, Touch & Go dan Boost.
https://malaysiaaktif.my/116985
-ZS-