Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

‘Ikut Trekta’ Jadi Aktiviti Santai Penduduk Kampung

By 2 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat

SANGLANG, 2 Okt (Malaysiaaktif) – ‘Ikut Trekta’ atau aktiviti  menangkap ikan menggunakan serkap dijadikan aktiviti ketika musim menanam padi.

Istilah ‘Ikut Trekta’ merujuk kepada penduduk kampung yang menggunakan serkap ikan yang di perbuat dari buluh sambil menyusuri belakang kenderaan pembajak (traktor) untuk menangkap ikan.

Menurut seorang penduduk Mohd Nasir Mansor, 45, kelibat ikan haruan atau keli akan muncul di permukaan sawah ketika proses pembajakan yang di lakukan oleh ‘trekta’.

“Aktiviti tersebut hanya memerlukan individu mengikut belakang ‘trekta’ tersebut untuk menangkap ikan dengan menggunakan serkap dan memasukan ikan ke dalam jaring.

“Hasil ikan yang diperolehi bgi aktiviti tersebut, akan di bawa pulang untuk dimasak sebagai juadah ataupun dijual sebagai pendapatan sampingan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda