Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kawalan Keselamatan Diperketatkan Menjelang PRU 15 di Selangor

By 15 November 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad/ Hazlina Tajuddin (Shah Alam)

SHAH ALAM, 15 Nov (Malaysiaaktif) – Kawalan keselamatan akan diperketatkan mulai esok di kawasan sensitif yang dikenal pasti di seluruh Selangor menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, “Kawasan sensitif ini telah pun dikenal pasti dan kita sudah gerakkan pasukan CANTAS untuk kawalan di lebih 70 kawasan yang telah dikenal pasti.

ā€œSekarang ini perjalanan kempen sejak 5 November lalu berjalan lancar walaupun berlaku beberapa insiden yang tidak sepatutnya, tetapi tidak banyak dan tidak ada masalah yang serius.

ā€œSetakat ini kita buka 16 kertas siasatan di Selangor yang berkaitan dengan kes merosakkan poster, bendera dan juga kes berlakunya mengganggu perjalanan kempen, tetapi tidak serius,ā€ katanya ketika ditemui selepas meninjau proses mengundi awal anggota PDRM di Dewan D’Cerana IPK Selangor, hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda