Laporan/foto: Norshazila Ahmad/ Hazlina Tajuddin (Shah Alam)
SHAH ALAM, 15 Nov (Malaysiaaktif) – Kawalan keselamatan akan diperketatkan mulai esok di kawasan sensitif yang dikenal pasti di seluruh Selangor menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, “Kawasan sensitif ini telah pun dikenal pasti dan kita sudah gerakkan pasukan CANTAS untuk kawalan di lebih 70 kawasan yang telah dikenal pasti.
“Sekarang ini perjalanan kempen sejak 5 November lalu berjalan lancar walaupun berlaku beberapa insiden yang tidak sepatutnya, tetapi tidak banyak dan tidak ada masalah yang serius.
“Setakat ini kita buka 16 kertas siasatan di Selangor yang berkaitan dengan kes merosakkan poster, bendera dan juga kes berlakunya mengganggu perjalanan kempen, tetapi tidak serius,” katanya ketika ditemui selepas meninjau proses mengundi awal anggota PDRM di Dewan D’Cerana IPK Selangor, hari ini.
-ZS-