Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Kulit Pokok Tarap Sebagai Bahan Kraftangan

By 16 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud

KOTA KINABALU, 16 Dis (Malaysiaaktif) – Pokok tarap kini bukan sahaja buahnya menjadi antara kegemaran penduduk Sabah dan Sarawak, malah kulit pokok itu juga boleh dijadikan bahan kraftangan.

Julitah Ukor, 42, yang berasal dari Kampung Toguson Kota Belud merupakan pengusaha kraftangan yang menghasilkan beg daripada bahan tersebut bagi menimbulkan hasil yang unik dan menarik.

“Bapa saya juga menghasilkan kraf daripada anyaman buluh, maka minat dalam kraftangan ini boleh dikatakan diwarisi daripada keluarga.

“Sekarang saya menceburkan diri dalam bidang kraftangan secara sepenuh masa, bukan sahaja pada peringkat penghasilan, tetapi sebagai perniagaan,” ujarnya ketika ditemui media, di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, kebanyakan pelanggan membeli hasil kraf daripada kulit pokok tarap itu sebagai koleksi peribadi atau hadiah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda