Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Warung di Kebun Getah Gamit Pengunjung Jamu Selera

By 16 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Shafiq Rosidi (Ipoh)

KUALA KANGSAR, 16 Dis (Malaysiaaktif) – Panorama hijau yang segar berlatarkan suasana kebun getah pastinya menggamit keterujaan pengunjung untuk singgah menjamu selera di Selera Kampung Bendang Panjang, di sini.

Menurut pengurus, Nur Adila Zainal, 35, pemandangan menarik tersebut menjadi salah satu faktor kedai makan yang diuruskannya bersama keluarga itu mendapat perhatian hingga tular di media sosial.

“Perniagaan yang dimulakan oleh kedua-dua ibu bapa ini diteruskan oleh saya dan adik-beradik yang lain.

“Bapa, Zainal Baharian pada mulanya berniaga lauk-pauk secara kecil-kecilan di tepi jalan sekitar tahun 2008 dan disebabkan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan, kami mengambil peluang ini untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan menambah menu sedia ada.

“Sehingga kini, terdapat lebih 200 menu termasuk pelbagai jenis makanan dan minuman yang menjanjikan kelainan cita rasa buat pelanggan kami,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Selera Kampung Bendang Panjang beroperasi setiap hari Sabtu hingga Rabu bermula pukul 7 pagi hingga 5 petang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda