Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Permata MAIWP Labuan Bakal Laksana ‘Future Classroom’

By 4 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 4 Dis (Malaysiaaktif) – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam perancangan melaksanakan kelas yang mempunyai ciri-ciri ‘Future Classroom’ di semua Tadika Permata MAIWP di pulau itu.

Menurut Timbalan Pengurus MAIWP Cawangan Labuan, Mohd Radzaleih Matusin kelas itu akan dilengkapi peralatan canggih seperti peralatan visual dan audio berprestasi tinggi.

“Kelas ini mempunyai beberapa perbezaan dengan kelas sedia ada dari segi jadual kelangsungan kelas yang bertujuan memberikan peluang kepada anak-anak Permata MAIWP mengalami pengalaman seperti tadika berprestasi tinggi yang lain.

“Future Classroom ini sudah dimulakan dan sedang beroperasi di Kuala Lumpur dan Putrajaya,”katanya semasa merasmikan Festival Kebudayaan dan Kesenian Islam (FKKI) Permata MAIWP 2022 di sini pagi tadi.

Antara pengisian FKKI yang berlangung selama dua hari dan disertai semua pelajar Tadika Permata MAIWP itu adalah Pertandingan Hafazan, Pertandingan Kuiz, Pertandingan Laungan Azan, Pertandingan Pidato, Pertandingan Pakaian Beragam dan Pertandingan Dikir Barat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda