Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Usahawan Piza Rangkul Anugerah Komitmen Terbaik Daerah Klang

By 4 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad (Klang)

SHAH ALAM, 4 Dis (Malaysiaaktif) – Berkat usaha dan komitmen luar biasa usahawan piza dari Klang telah merangkul anugerah Komitmen Terbaik Daerah Klang sempena Karnival Usahawan Negeri Selangor 2022 anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Sosioekonomi Negeri Selangor yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Seksyen 14, baru-baru ini.

Pengusaha Pizza Mohd Hafieze bin Masmok, 39, merupakan Penerima bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan menyifatkan inisiatif Kerajaan Negeri ini dapat membantu meningkatkan hasil jualannya.

“Saya telah menerima bantuan ini secara berperingkat, antara peralatan yang saya terima adalah mesin pengadun doh, oven industri, pelenyet doh, rak, talam dan meja besi yang lebih besar untuk meningkat pengeluaran piza yang saya usahakan.

“Alhamdulilah, saya juga tidak sangka menerima anugerah ini dan bersyukur dengan bantuan yang diberikan serta memanfaatkan sepenuhnya bagi mengembangkan perniagaan yang telah saya usahakan bersama isteri selama hampir tujuh tahun,” katanya yang ditemui di gerainya.

Karnival Usahawan Negeri Selangor 2022 ini disertai lebih 100 peniaga dan penjaja kecil diadakan bertujuan meraikan penjaja dan peniaga kecil yang telah berdaftar dengan Platform Selangor atau PLATS.

-ZS-

Tinggalkan komen anda