Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

MPOB Bantu Tingkat Imej Korporat Industri Sawit

By 11 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haliza Mohd Taib/Mohd Syukri Mokhtar

MUAR, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Muar telah berjaya menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan di Balai Komuniti Kampung Parit Baru, Ayer Hitam, di sini selama tiga hari bermula 9 Januari lalu.

Menurut Pegawai MPOB Daerah Muar Mohd Syukri Mokhtar, sokongan dan penerimaan MPOB membolehkan industri sawit meningkatkan imej korporat di samping memenuhi tanggungjawab sosial koprat (CSR) mereka.

“Program ini dianjurkan setiap tahun khusus untuk pekebun-pekebun sawit di Mukim Parit Jawa, Ayer Hitam, Sri Menanti dan Sungai Balang bagi memudahkan mereka mendapatkan perkhidmatan dari MPOB,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

“Pihak kami akan membantu memaparkan imej positif para pengeluar negara bagi menyokong usaha Malaysia meningkatkan taraf hidup pekebun kecil sawit.

“Pekebun-pekebun boleh melakukan semakan dan pendaftaran Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), semakan dan pendaftaran lesen pekebun kecil sawit dan khidmat nasihat berkaitan sawit,” katanya.

Turut hadir Ketua Kampung Parit Baru Rosli Abu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda