Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Pengurusan Media Berkesan Jamin Kejayaan Sesuatu Program

By 11 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Pengurusan media yang berkesan akan membantu mempermudah tugasan wakil-wakil media dan membolehkan sesuatu majlis atau program akan menerima maklum- balas daripada pihak berkepentingan (‘stake holder’) dan masyarakat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail, adakalanya media mengeluh berhubung kesulitan mereka mendapatkan maklumat berkaitan sesuatu majlis atau program yang dianjurkan yang menyebabkan publisiti atau siaran berita tidak dapat dilaksanakan sebaiknya.

“Risiko kepada permasalahan ini mengakibatkan majlis atau program yang dianjurkan tidak menerima hebahan sewajarnya, dan sudah semestinya pihak media tidak harus dipersalahkan.

“Media ternyata mampu mendapatkan sambutan dari pelbagai peringkat masyarakat dalam setiap majlis yang dianjurkan seterusnya membantu meningkatkan imej dan reputasi kepada pihak penganjur,” katanya semasa menyempurnakan penutupan rasmi Bengkel Pengurusan Media anjuran bersama Persatuan Penggiat Media Labuan, Majlis Perwakilan Penduduk dan Perbadanan Labuan di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda