
Laporan/foto: Saufi Ab.Ghani
TANAH MERAH, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Muafakat Komuniti Rakan Strategik Daerah Tanah Merah dirai dalam Majlis Makan Malam di Dewan Utama Selera Tepi Sungai Tanah Merah.
“Sebanyak sembilan Komuniti Rakan Strategik diraikan pada malam ini di atas kerjasama baik mengatur dan melaksanakan aktiviti bersama masyarakat komuniti setempat,” kata Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Kelantan Muhd Nor Aswadi Md. Nor pada majlis tersebut, baru-baru ini.
“Semoga hubungan baik ini dapat diteruskan untuk menjadi penghubung dasar-dasar kerajaan antara JaPen dan rakyat melalui rakan strategik setempat,” katanya lagi.
Turut hadir Penolong Pengarah Cawangan Media Siber Hasim Mohamed, Pegawai Penerangan Daerah Tanah Merah Sanusi Ariffin dan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa sembilan Komuniti Rakan Strategik di daerah Tanah Merah.
-ZS-