Laporan/foto: Anuar Che Amat
KANGAR, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Program Mini Karnival Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Negeri Perlis di Dewan Seri Melati, Beseri dekat sini baru-baru ini berjaya menyerlahkan bakat golongan Orang Kurang Upaya (OKU)
Menurut Pengerusi PPDK Beseri Mohamad Desa, karnival seperti ini dapat menonjolkan bakat-bakat orang kurang upaya di setiap PPDK.
“Sepanjang dua hari karnival ini berlangsung pelbagai aktiviti seperti gubahan bunga, nyanyian dan jualan produk-produk hasil usaha warga PPDK mendapat sambutan daripada masyarakat tempatan.
“Program ini juga bertujuan untuk meraikan petugas-petugas PPDK yang berdedikasi dan memperkenalkan sepuluh PPDK yang berada di negeri Perlis kepada masyarakat,” katanya lagi.
-ZS-