Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

26 PATI Ditahan Dalam Operasi Bersepadu ESSCOM

By 1 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sunday Grace Justimus/ESSCOM

KOTA KINABALU, 1 Feb – Seramai 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan mengikut peruntukan Seksyen 6 (1)(c), Akta Imigresen 1959/63 menerusi Operasi Bersepadu (OB) di Sandakan.

Komander Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk Hamzah Haji Ahmad berkata, hasil pemeriksaan sepanjang tempoh tujuh hari operasi yang bermula 25 Januari hingga 31 Januari lalu yang dilaksanakan terhadap 410 rumah dan premis di 12 lokasi dengan melibatkan 772 pemeriksaan fizikal.

“Jumlah nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM16,951 dengan batang kayu disyaki jenis tangar bulat menyumbang kepada nilai rampasan tertinggi selain barangan terkawal yang lain.

“Selain itu, operasi memotong sambungan elektrik secara haram turut dijalankan sekitar lokasi tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, seramai 81 pegawai dan anggota dari pelbagai jabatan dan agensi menjayakan Operasi Bersepadu yang bertujuan mengesan dan menangkap PATI yang boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara, ketenteraman awam dan kesejahteraan masyarakat khasnya di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone).

Hamzah turut menyeru agar seluruh masyarakat menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di ESSZone ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863 181 atau aplikasi Whatapps di talian 011-63311072.

-ZS-

Tinggalkan komen anda