Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Dekati Jemaah Melalui Keceriaan Lanskap

By 9 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Majlis Al-Muktafi Billah Shah (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 9 Feb (Malaysiaaktif) – Masjid perlu mempunyai persekitaran yang menarik, ceria dan bersih untuk menarik kehadiran jemaah.

Pengerusi Masjid Al-Muktafi Billah Shah (MAMBS) Datuk W. Mohd Albakri W. Mohd Noor berkata usaha memperindahkan lanskap di kawasan masjid ini dilakukan bagi memberi keselesaan dan ketenangan kepada jemaah dengan persekitaran yang kondusif sekaligus dapat menarik perhatian masyarakat untuk sentiasa hadir solat di masjid.

“Diharapkan usaha murni dengan memberi keselesaan kepada jemaah melalui keceriaan lanskap ini menjadi asbab pembinaan dan pembentukan masyarakat cemerlang yang sentiasa mengimarahkan masjid pada setiap masa,” katanya ketika Majlis Penyerahan Pokok Lanskap di MAMBS dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT), di sini semalam.

Turut hadir Penolong Pengarah Kanan Pembangunan JPNT Helmy Tariq Othman dan Timbalan Pengerusi MAMBS Abdul Salim Adam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda