Laporan/foto: Kartini Abdul Aziz/Mohd Hafiz Abdullah (Batang Padang)
CHENDERIANG, 9 Feb (Malaysiaaktif) – Kubu beg pasir menjadi alternatif bagi mengelakkan air daripada memasuki rumah ketika musim banjir.
Menurut Setiausaha Majlis Daerah Tapah Zuhairi Hashim kaedah ini telah banyak dijalankan di negara luar kerana beg pasir mampu mencengkam antara satu sama apabila ditindan.
“Kaedah ini amat efektif tanpa kos yang tinggi selain memberi impak minimum terhadap kerosakan akibat banjir,” katanya pada Program Gotong-Royong dan Demonstrasi Penyediaan Beg Pasir Peringkat Daerah Batang Padang di Taman Seri Chenderiang, hari ini.
“Saya berharap program ini mampu membuka mata masyarakat untuk mengambil langkah awal menghadapi banjir selain mempromosikan kaedah kitar semula dengan penggunaan bahan terpakai seperti guni untuk dijadikan beg pasir,” tambahnya.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang Choong Shin Heng.
-ZS-