Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Hari Bertemu Rakyat Medan Terbaik Selesai Masalah Rakyat

By 10 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ismael Idris/Nur Farhana Azman (Jasin)

JASIN, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Hari Bertemu Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam yang diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks JAPERUN semalam menjadi medan terbaik penyelesaian permasalahan yang dihadapi rakyat kawasan itu.

Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali yang merupakan pencetus program ini hadir bagi mendengar sendiri segala keluh kesah permasalahan yang dihadapi oleh setiap masyarakat.

Penduduk tempatan, Kamaruzaman Md Yasin, 57, berkata, beliau amat teruja dan berpuas hati dengan program sebegini kerana dapat bersemuka dengan Ketua Menteri Melaka dan meluahkan segala masalah yang ada.

“Sebelum ini tindakan lambat diambil, apabila kita mengadu kepada Ketua Menteri mungkin aduan itu dapat diselesaikan dengan cepat. Inilah pemimpin yang betul dan yang kita perlukan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda