Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Alat Muzik Kitar Semula Bawa Kelainan

By 10 Februari 20233 Comments1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Arief

CAMERON HIGHLANDS, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Dendangan muzik yang diperbuat daripada barangan kitar semula membawa kelainan dalam persembahan kumpulan Reuz Band.

Salah seorang ahli kumpulan muzik berkenaan Mohd Mahadzir Jamaluddin, 35, berkata alatan muzik yang digunakan bagi persembahan mereka dibuat menggunakan barangan terpakai atau yang dikitar semula.

“Daripada barangan ini dibuang, lebih baik diolah bagi kegunaan lain dan salah satunya seperti alat muzik ini,” ujarnya ketika ditemui selepas membuat persembahan pembukaan di Majlis Pelancaran Inisiatif Hijau Cameron Highlands yang berlangsung di sebuah hotel, di sini baru-baru ini.

Seminar anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di bawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini memberi penekanan khas akan pengenalan terhadap keperluan serta kepentingan pengurusan sisa organik serta baja kompos bagi tujuan pertanian.

Turut hadir penceramah jemputan khas dari negara Jepun yang merupakan rakan strategik program, Pengarah Japan International Cooperation Agency Malaysia, Takizawa Masahiko.

-ZS-

3 Comments

Tinggalkan komen anda