
Laporan/foto: Muhd Sufe Fuddin (Langkawi)/IPD Langkawi
LANGKAWI, 25 Feb (Malaysiaktif) – Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Bahagian Intergriti dan Pematuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi telah menganjurkan Program Pengurusan Jenazah di Surau Al Fateh IPD Langkawi, baru-baru ini.
Program tahunan ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara mandian, kafan dan solat jenazah mengikut hukum fardu kifayah yang ditetapkan oleh agama khusus kepada anggota polis.
“Kursus ini dapat memberi kefahaman secara terperinci kepada anggota tentang cara pengurusan jenazah yang betul jika berlaku kematian,” ujar Imam Masjid Aisyah Sungai Menghulu Langkawi Tuan Haji Othman Yahaya yang menjadi tenaga pengajar kursus ini.
Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur yang menjayakan program yang amat baik ini.
-ZS-