
Laporan/foto: Baniamin Abu Bakar
JOHOR BAHRU, 9 Feb (Malaysiaaktif) – Pelancaran Aduan Suri dan Jualan Rahmah Peringkat Negeri Johor memfokuskan kepada suri rumahtangga yang membeli barang keperluan harian dan berdepan dengan isu kenaikan harga melampau serta kekurangan bekalan.
“Inisiatif ini memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan barangan keperluan asas sehingga 20 peratus lebih rendah daripada pasaran setempat dan sekaligus dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat”.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Senator Puan Hajah Fuziah Salleh berkata demikian di pelancaran program tersebut di sebuah pasar raya, di sini semalam.
Fuziah turut menyantuni pengunjung-pengunjung yang hadir untuk membeli barangan keperluan yang dijual seperti beras, ayam dan minyak masak.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Perdayaupayaan Pengguna dan Pengurusan) Datin Roszanina Wahab, Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo, Wakil Pengarah Bahagian Kepenggunaan Mardhiah@Maryanti Abdul Malek dan Pengurus Pasaraya Lotus Tebrau Kumaraja Nandappan.
-ZS-