
Laporan/foto: Muhamad Firdaus/Muhammad Jamil
LIPIS, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengedarkan Juadah Makmur kepada penduduk kampung Kuala Medang selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Kuala Medang, hari ini.
Dalam ucapan ringkasnya, Wan Rosdy menyampaikan rasa syukur dan berharap agar juadah yang disediakan dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung.
“Saya berharap program seperti ini akan diteruskan di masjid-masjid lain di seluruh negeri Pahang,” katanya.
Sementara itu, penduduk kampung juga menzahirkan rasa gembira dengan kunjungan Menteri Besar Pahang ke kampung mereka dan menghargai keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memberikan Juadah Makmur serta Bakul Makanan.
“Kami merasa sangat bersyukur dan terharu dengan kehadiran Menteri Besar Pahang dan kerajaan dalam membantu masyarakat di kampung kami,” kata salah seorang penduduk kampung yang ditemui.
-ZS-