Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Zakat Pahang 2022 Raih Kutipan Memberangsangkan

By 17 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Farah Shaherza/Sh. Nurul

KUANTAN, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Prestasi kutipan zakat tahun 2022 di Pahang mencatat kutipan yang amat memberangsangkan.

Menurut Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang Datuk Haji Halidan Mohd Daud, sepanjang tahun 2022, kutipan zakat harta pada tahun 2022 telah melepasi sasaran yang ditetapkan oleh MUIP.

“Pada tahun lalu, MUIP telah mengagihkan zakat kepada golongan asnaf yang layak menerima sebanyak RM207.0 juta dengan jumlah penerima seramai 124,900 orang,” katanya.

“Bagi tahun 2023, strategi kempen zakat masih memberi fokus kepada kempen Skim Wakalah Sekolah seperti tahun lepas yang mana skim ini merupakan skim di mana 30% wang zakat dikembalikan untuk diagihkan oleh pembayar zakat.”

“Kita berharap supaya lebih ramai lagi umat Islam dan badan-badan korporat akan tampil untuk berzakat dan berwakaf sama ada dalam bentuk tunai atau aset kerana ia bukan sahaja melunaskan tanggungjawab terhadap agama tetapi manfaatnya secara langsung dapat dinikmati oleh asnaf-asnaf yang memerlukan dan wakaf juga adalah salah satu daripada pelaburan ukhrawi setiap umat Islam,” ujarnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda