
Laporan/foto: Mohd Firdauf/Mohd Afiq
JERANTUT, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Pendedahan kepada ‘TED Talk’ di kalangan pelajar sekolah dilihat dapat memupuk keyakinan mereka dalam pengucapan awam yang mana ia merupakan gaya penyampaian yang menarik dan berinformasi di kalangan para penceramah masa kini.
Mengambil kira trend ‘TED Talk’ dewasa ini, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Saujana telah mengadakan sesi pengenalan kepada ‘TED Talk’ untuk para pelajar yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Jerantut baru-baru ini.
Menurut Guru Penyelaras program,Sarimah Ismail, SMK Padang Saujana mempunyai ‘Speakers Corner’ di mana para pelajar diberi ruang dan platform untuk memberi ceramah di samping memberikan pendedahan dengan pengucapan awam.
“Diharapkan selepas sesi ini, para pelajar di sekolah ini lebih yakin berucap di khalayak dalam kaedah penyampaian yang lebih menarik,” ujarnya.
Bagi adik Saiful, pelajar tingkatan tiga di sini, beliau tertarik dengan konsep ‘TED Talk’ kerana cara ini tidak mengambil masa yang lama dan turut mengambil memberikan ceramah dalam gaya ‘TED Talk’ semasa program ini.
Ceramah selama dua hari ini disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Jerantut Azrul Azham Azmi kepada pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan empat.
-ZS-