Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Rapatkan Jurang antara Polis dan Masyarakat

By 18 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Zuraida/Muhd Naim (Jempol)

JEMPOL, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Hari Polis Bertemu Pelanggan diadakan sebagai satu platform untuk berhubung terus dengan orang awam bagi mendapatkan pandangan atau maklumat orang awam terutamanya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan polis kepada masyarakat.

Menurut Timbalan Ketua Polis daerah Jempol DSP Mohd Hafiz Muhammad Nor, objektif utama program adalah untuk mendekatkan masyarakat bagi mendapatkan reaksi positif bertemu dengan polis, menghilangkan perasaan takut dalam menyatakan atau menyampaikan sesuatu kepada polis, mengurangkan jurang persepsi masyarakat terhadap polis dan memastikan masyarakat sentiasa dalam aman dan selamat.

“Hubungan baik antara Polis dan masyarakat akan membantu untuk mengurangkan kes jenayah jika masyarakat sentiasa prihatin dan tidak takut menyalurkan maklumat,” tambah beliau lagi.

Ibu Pejabat Polis Daerah turut mengadakan sesi dialog melibatkan semua Ketua Bahagian dimana masyarakat boleh terus bertanyakan soalan dalam program yang diadakan pagi tadi di Dewan Taman Jennifer Jambu Lapan, Bahau.

Disamping itu, turut diadakan pameran melibatkan agensi luar seperti Pejabat Penerangan, Agensi Anti Dadah (AADK), Pejabat Kesihatan Daerah, Rejimen Wataniah dan juga kempen derma darah Hospital Tuanku Ampuan Najihah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda