Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

11 PPS Dibuka di Johor Bahru

By 2 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Hujan berterusan sejak Selasa lalu di negeri Johor terutamanya di daerah Johor Bahru telah mengakibatkan banjir di beberapa kawasan rendah dan berhampiran sungai.

Tinjauan petugas lapangan Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru mendapati semua sungai di daerah Johor Bahru melepasi paras bahaya.

Dalam pada itu, 11 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Pasir Gudang, Tebrau, Skudai dan Perling setakat pukul 4.00 petang semalam.

Salah seorang mangsa banjir, Azri, 41, dari Kampung Sri Serdang yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir berkata air naik secara cepat dan terdapat pertembungan air pasang besar.

“Saya tidak sempat menyelamatkan barang-barang di rumah kerana ketika kejadian, kami semua sedang tidur dan secara tiba-tiba air naik terlalu cepat ketika itu,” katanya.

Menurut Jabatan Metreologi Malaysia, Johor berada dalam tahap bahaya (merah) sehingga hari ini dengan taburan hujan berterusan berlaku di semua daerah di Johor.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi turut melawat salah satu PPS di Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara, Bandar Dato’ Onn, Tebrau dan menyantuni mangsa banjir di sini, pagi semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda