Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Jelajah Keilmuan Perkukuh Adat dan Budaya Luak Terachi

By 2 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)/Muhamad Hafizul Muhamad Ropi (Muzium Negeri Sembilan)

KUALA PILAH, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Lebih 15 agensi, ketua jabatan daerah Kuala Pilah dan negeri hadir dalam Program Jelajah Keilmuan dan Ziarah Pusaka (Luak Beradat) Luak Terachi, di sini pada Selasa.

Menurut Pengarah Muzium Negeri Sembilan Drs Shamsudin Ahmad program bertujuan memberi pendedahan kepada ketua-ketua jabatan untuk melihat, mengenali dan mendekati alam serta menikmati masakan tradisi khasnya di Luak Terachi.

“Akvititi ini lebih bersifat santai bagi mengeratkan silaturahim di samping peserta dapat mengenali adat dan budaya luak ini.

“Program ini adalah kesinambungan daripada program Jelajah Keilmuan Luak Gunung Pasir dan Luak Inas yang telah diadakan sebelum ini. Ia akan bergerak dari satu luak ke satu luak yang lain bagi memperkenalkan adat, seni, warisan dan budaya kepada masyarakat luar,” ujarnya ketika ditemui kelmarin.

Jelajah bermula dari Masjid Kampung Parit Istana, Seri Menanti dengan peserta berbasikal ke enam tempat pemeriksaan di Jeram Kampung Parit, Kampung Budaya Terachi, Empangan Batu, Pusat Produk Tradisi dan Kraftangan Luak Terachi di Kamppung Mampas, lima perkampungan Orang Asli di Ulu Mampas dan berakhir di Empangan Kelinci.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia Dan Sukan Datuk Haji Mohamad Taufek Abd. Ghani.

-ZS-

Tinggalkan komen anda