Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Anwar ‘Flag Off’ Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam Pasca Banjir ke Johor

By 22 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

PUTRAJAYA, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 1,520 penjawat awam dari pelbagai kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan telah memulakan perjalanan menuju misi sukarelawan pasca banjir Johor semalam.

Majlis Pelepasan (Flag Off) Pasukan Sukarelawan Perkhidmatan Awam Pasca Banjir itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dataran Bulatan Putra Perdana, di sini.

Anwar menyifatkan usaha ini sebagai satu permulaan yang baik sebelum bulan Ramadan di mana pasukan sukarelawan itu menghulurkan bantuan kerja-kerja pembersihan dan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Johor.

“Ini tugas tambahan secara sukarela, tugas yang tidak kenal waktu penat lelah. Jadi, lakukanlah sebaiknya”, ujar Anwar ketika berucap sebelum menyempurnakan acara pelepasan semalam.

Bantuan sukarelawan pasca banjir pada kali ini adalah tertumpu dan bersasar kepada aspek pembersihan fasiliti perubatan, fasiliti pendidikan, bangunan-bangunan kerajaan serta tempat-tempat awam di kawasan yang terjejas sekitar daerah Batu Pahat.

Antara bentuk bantuan yang telah dikenal pasti adalah tenaga kerja pembersihan, sumbangan bakul makanan, alatan pembersihan dan kelengkapan asas persekolahan, penyelenggaraan kenderaan kecil, baik pulih peralatan elektrik kecil termasuk kerja-kerja pendawaian berskala kecil serta khidmat sokongan psikologi dan kaunseling.

Sebanyak 153 kenderaan tediri daripada 26 buah bas/’coaster’, 16 van, lapan lori, 64 kenderaan pacuan empat roda dan 39 kereta digerakkan dalam operasi bantuan pasca banjir kali ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda