Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kerajaan Pulau Pinang Hantar Misi Bantuan Banjir ke Johor 

By 6 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Wahida Mohd Noor/Muhammad Azim Abu Bakar

BUKIT MERTAJAM, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri Pulau Pinang turut memberi sumbangan kepada mangsa bencana banjir yang kini sedang berlaku di negeri Johor

Misi sumbangan kebajikan mangsa banjir itu telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Mohd Sayuthi Bakar.

“Atas rasa simpati dan keprihatinan, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menghantar bantuan awal kepada negeri Johor. Bantuan tersebut adalah barangan keperluan asas seperti kit kebersihan, toto, makanan dan juga pakaian harian.

“Barang-barang ini akan terus dihantar ke Unit Pengurusan Bencana Banjir Johor dan akan diselaraskan pengagihannya kepada kira-kira 37,528 mangsa banjir yang terjejas setakat ini,” katanya di sini semalam.

Menurut Mohd Sayuthi kerajaan negeri Pulau Pinang menghantar tiga jentera dengan kekuatan anggota seramai 14 orang yang terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Turut hadir Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah Kamarul Haizal Koderat, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang Zakaria Taib, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang Yang Setia Kolonel (PA) Ishak Mohd Radzi dan Ketua Jabatan Pengurusan Krisis, Majlis Bandaraya Seberang Perai Muhammad Aidil Samsuri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda