
Laporan/foto: Anuar Che Amat
KANGAR, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Majikan dan individu perlu lebih cakna untuk membuat caruman di Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) demi insan tersayang
“Saya menyeru kepada semua majikan dan juga pekerja di negeri ini supaya membuat caruman dengan PERKESO supaya ia boleh menjadi satu pelindungan sekiranya sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku kepada pekerja terbabit,” ujarnya.
PERKESO Perlis pada petang semalam, telah menyampaikan cek faedah pengurusan mayat kepada Norashikin Razemi yang telah kehilangan suami, Allahyarham Mohd Sharif Hamdan akibat kemalangan di tempat kerja.
Penyampaian cek tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Seri Hasnol Zam-Zam Hj Ahmad di Kampung Behor Temak, di sini.
Menurut Hasnol Zam-Zam, sumbangan tersbut dapat meringankan beban balu arwah untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama anak-anak.
“Terima kasih kepada Pengarah Urusan AMG Group Shahrudi Abidin, merupakan majikan arwah yang berusaha memastikan setiap pekerja di tempat beliau mencarum dengan PERKESO,” ujarnya.
Turut hadir Pengarah PERKESO Perlis Basharudin Khalid.
-ZS-