Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Orang Ramai Serbu Kaunter STR di Muar

By 10 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Shazreen Suradi

MUAR, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Muar yang menguruskan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Pejabat LHDN di Sungai Abong, di sini diserbu orang ramai bagi mengemas kini permohonan atau membuat permohonan baru.

Pegawai LHDN Muar Farhan memberitahu pemohon boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan dan aduan berkaitan STR melalui portal rasmi STR LHDNM, aplikasi mobile Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Playstore atau Appstore.

“Pemohon juga boleh menghubungi hotline BKK LHDNM atau hadir sendiri ke pejabat LHDNM.

“Pihak kami telah memproses hampir 500 borang permohonan setiap hari.

Menurut beliau, LHDN Muar giat menghebahkan MySTR dengan pelbagai cara seperti edaran risalah, mengemaskini kandungan Facebook dan kini berhasrat untuk bekerjasama dengan Pejabat Penerangan Daerah Muar untuk membuat hebahan audio ke seluruh pelusuk kampung di dalam daerah Muar.

MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemas kini permohonan dan semakan STR 2023 bagi pemohon yang mempunyai rekod STR 2023.

Pemohon MySTR, Saliah, 63, dari Kampung Lenga berkata beliau amat bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan.

“Bantuan ini akan digunakan sebaik mungkin untuk membeli kelengkapan hari raya secara sederhana yang akan menjelang dan selebihnya akan menukar peralatan rumah yang terjejas dengan banjir besar yang berlaku baru-baru ini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda