Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Malaysia Madani Pacu Keseimbangan Pembangunan dan Rakyat

By 12 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Ipoh)/FB Anwar Ibrahim

IPOH, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Sambutan Hari Landskap Negara 2023 di Taman D.R Seenivasagam, di sini semalam.

Dalam ucapannya, Anwar berkata perlunya pembangunan yang seimbang bukan saja kejayaan mempunyai bangunan yang tinggi, bahkan keseimbangan dalam masyarakat antara golongan atasan dan rakyat.

“Dalam konsep Malaysia Madani, kita tidak boleh meneruskan pembangunan tanpa nilai dan akhlak.

“Kita serius untuk membawa perubahan kepada pembangunan dan ini boleh berlaku jika jentera kerajaan dan rakyat dapat bersama di semua peringkat,” katanya.

Turut hadir Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dan Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin@Md Daud.

Perdana Menteri kemudian merasmikan Program Hari Air Sedunia di Stadium Indera Mulia.

Pada sebelah petang, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun menghadiri Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Tambun, di sini.

“Tugas bomba bukan saja menyelamat bahkan membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara.

“Kepantasan mereka dalam memadam kebakaran contohnya dapat mengurangkan kerugian kepada pihak yang terlibat,” ucapnya sebagai menyatakan penghargaan kepada anggota bomba.

-ZS-

Tinggalkan komen anda