Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sanggup Datang Dari Jauh Demi Minat Berlari

By 12 Mac 2023Mac 16th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norhayani Hashim/Zatul-Iffah Wahab (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Bagi Shahnan Salim, 40, usia bukanlah penghalang untuk mencabar diri dalam aktiviti kecergasan terutamanya larian kerana paling penting adalah mengawal ketahanan fizikal bagi menghabiskan larian sehingga garisan penamat.

Beliau yang ditemui ketika menyertai program larian anjuran Kementerian Belia dan Sukan, Corporate Hero serta Paramount Property di sini semalam juga sentiasa cakna untuk turut serta dalam program-program larian melalui carian di halaman Facebook.

“Saya datang dari Bandar Raya Melaka ditemani isteri, tiga anak-anak serta ibu saya yang duduk di kerusi roda semata-mata untuk menyertai lumba lari ini,” katanya.

Menurutnya pada Ahad lalu beliau telah ke Cameron Highlands bagi menyertai acara larian yang diadakan seawal pukul 1.00 pagi.

Program larian sejauh 5 kilometer dan 10 kilometer di Bukit Banyan turut menarik lebih 1,200 penyertaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda