Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Peniaga Bazar Ramadan Perlu Patuh Peraturan – MPK

By 29 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 29 Mac (Malaysiaktif) – Peniaga Bazar Ramadan anjuran Majlis Perbandaran Kangar (MPK) disaran untuk mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.

Menurut Setiausaha MPK Razif Yaacob peniaga perlu mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh MPK dan juga beberapa agensi berkaitan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPS).

“Enam Bazar Ramadan di Perlis di bawah kelolaan MPK telah diberikan taklimat berkaitan kepatuhan sebagai peniaga dan penyedia makanan.

“Setiap peniaga telah diberikan taklimat seperti perlu mematuhi waktu operasi yang hanya boleh bermula pukul 2.00 petang, dan sekiranya melanggari Seksyen 25 (1)(a) Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 (Pindaan 2012) boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Begitu juga pematuhan sebagai penyedia makanan seperti memakai apron dan telah mendapatkan suntikan vaksin typhoid,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda