
Laporan/foto: Siti Hajar Kamis/Sharifuddin Saedin
SEREMBAN, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Program Jelajah Harta anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dengan kerjasama Jabatan Penjara Negeri Sembilan telah diadakan di Dewan Wawasan Penjara Seremban hari ini.
Program tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang ilmu serta kebaikan berwakaf.
Penceramah selebriti Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang merupakan Duta Wakaf Negeri Sembilan telah menyampaikan satu ceramah bertajuk “The Power of Giving” dimana dalam ceramahnya beliau menyeru orang ramai supaya menjalankan ibadah wakaf.
“Marilah kita mengambil peluang untuk berwakaf bagi memberi manfaat kepada umat Islam,” ujarnya.
Program ini telah dihadiri lebih 290 orang peserta yang merupakan penjawat awam seluruh Daerah Seremban.
-ZS-