Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

20 Keluarga Mangsa Banjir Selamat Di PPS Kg Baru Dangi

By 2 Mac 2023Mac 9th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 20 keluarga mangsa banjir ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Kampung Baru Dangi ekoran hujan lebat yang berterusan di sini, semalam.

Menurut Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Pilah, Mohd Faizal Mohd Nasir PPS Dangi dibuka petang semalam bagi menempatkan mangsa banjir dari Kampung Air Taling, Kampung Tulang Rimau dan Pekan Dangi.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan JKM sentiasa mengambil bert tentang kebajikan mangsa di PPS ini. Kami menyediakan khemah kubikel yang lengkap kepada semua mangsa. Oleh itu mangsa akan rasa lebih selesa dan keselamatan mereka juga terjamin.

“Pihak Jabatan Kesihatan juga sentiasa memantau keadaan kesihatan mangsa di sini dan turut memastikan mutu makanan yang disediakan kepada mangsa adalah yang terbaik,” ujarnya ketika ditemui.

Sementara itu, Jamaliah Md Dahan, 68, dari Kampung Air Taling yang di tempatkan di PPS Kg Baru Dangi, memanjatkan rasa syukur kerana banjir kali ini tidak seteruk tahun yang lalu.

“Rumah yang kami diduduki itu memang akan berlaku banjir setiap kali hujan lebat. Walaupun ingin segera pulang menjenguk keadaan rumah tetapi kami akur dengan arahan pihak berkuasa untuk memastikan keadaan benar-benar selamat,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda