Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Taman Paya Bakau Bandar Tarikan Baharu di Lumut

By 17 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Firdaus/Muhammad Irsyad (Manjung)

LUMUT, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Keunikan lokasinya yang terletak berhampiran dengan Pekan Lumut dan Bandar Seri Manjung menjadikan Taman Paya Bakau Bandar di sini sebagai satu-satunya taman paya bakau di Malaysia yang dibangunkan dalam kawasan bandar.

Menurut Ketua Bahagian Pelancongan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Mohamad Ismail Ibrahim, MPM telah mewujudkan Pelan Kelestarian pada 2020 dengan menubuhkan satu unit untuk mengelola sepenuhnya taman ini bagi tujuan memantau kerja-kerja penyelenggaraan dan membanteras aktiviti vandalisme.

“Bermula 2021, bayaran masuk dikenakan sebanyak RM3 bertujuan untuk mengajak pengunjung menyumbang dalam usaha mewujudkan sebuah komuniti yang sama-sama memelihara khazanah bumi ini.

“Selain menjadi tempat kajian dan akitiviti program penanaman anak benih paya bakau oleh pelajar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), satu aktiviti baharu diperkenalkan oleh MPM khusus bagi pengunjung yang ingin merasai pengalaman menanam anak benih paya bakau.

“Bagi mereka yang berminat, kelengkapan dan tenaga pengajar disediakan selain diberikan sijil digital dengan bayaran hanya RM5,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tambah Mohamad Ismail, pengunjung dinasihatkan supaya tidak memberi makanan kepada hidupan liar seperti monyet kerana ia menyalahi akta selain mengganggu diet pemakanan haiwan tersebut dan boleh menyebabkan tindakan ganas terhadap pengunjung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda