Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Tuanku Zara Berkenan Lancar Buku Karya Seni Bidadari

By 17 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Lapotan/foto: Afikah Rusly (Larut Matang dan Selama)

TAIPING, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Karya Seni Bidadari dan Sekolah Bidadari di Dewan Perbandaran Taiping, di sini pagi tadi.

Presiden Persatuan Insan Bermasalah Intelek Perak (PAFID) Alex Loh Peng Wee, berkata jalinan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam program ini dilaksanakan bagi sama-sama mempromosikan karya seni Sekolah Bidadari.

“Saya terharu apabila melihat karya daripada pelajar yang mempunyai masalah intelek ini kerana mereka berupaya menzahirkan idea yang berpotensi dan setiap lukisan menggambarkan emosi dari sudut pandangan insan istimewa.

“Hal ini seharusnya memberi kesedaran kepada kita untuk menyayangi dan menghargai insan ini kerana mereka juga adalah sebahagian daripada masyarakat serta tidak wajar dipinggirkan,” katanya ketika ditemui.

Hadir sama isteri Menteri Besar Perak yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri) Datin Seri Aezer Zubin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda