
Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Tentera Darat Malaysia
PORT DICKSON, 14 Mac (Malaysiaaktif) – Bandar Tentera Darat Port Dickson meriah dengan Persembahan Tatu Tentera Darat (TDM) sempena Hari Tentera Darat ke-90 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), di sini kelmarin
Persembahan Tatu TDM merupakan variasi pertunjukkan aksi kemahiran dan kepakaran secara berkumpulan dan seragam oleh anggota TDM yang melibatkan konsep ‘marching’ seperti pancaragam, kawad senyap, tarian perang, kemahiran tempur tanpa senjata, kemahiran menunggang kuda dan ‘drumline’.
Lebih 100,000 pengunjung yang hadir bagi menyaksikan pelbagai persembahan dari pasukan elit Para dan Komando, aset TDM seperti Anjing Perang serta kemahiran Army Red Warrior iaitu Tim Akrobatik Motosikal TDM dengan aksi lagak sambil mempamerkan kecekapan menunggang motosikal.
Sempena Hari Tentera Darat kali ini, turut diadakan Karnival Hari Terbuka Tentera Darat 2023 yang mempamerkan aset dan kerjaya TDM.
Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri Datuk Seri Zamrose Mohd Zain.
-ZS-