Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Program Kem Daie Muda 3.0 Membentuk Akhlak Anak Muda

By 13 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh

TANAH MERAH, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Membentuk akhlak dan tingkah laku anak-anak perlu di peringkat usia muda supaya tidak mendatangkan masalah bila dewasa kelak, berasaskan itu satu Program Kem Daie Muda 3.0 telah diadakan di Dewan Haji Mohammad Masjid Sultan lsmail Petra, Tanah Merah kelmarin.

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Masjid Sultan Ismail Petra Tanah Merah, Sharul Aswadi Che Omar, berkata anak-anak adalah pemimpin masa depan oleh itu pendidikan baik oleh ibu bapa, guru-guru serta masyarakat, memainkan peranan sangat penting supaya mereka mendapat ilmu dan mengikut nasihat.

“Saya amat berharap agar peserta kem dapat menerap ilmu yang diajar sepanjang kem ini diadakan,” tambahnya.

Sementara itu Pengarah Program, Fitri Mohd Sawadi, 40, berkata kem yang bermula 19 Febuari lalu dan berakhir hari ini (Sabtu) berjaya mengumpul 200 peserta, terdiri daripada 80 wanita dan120 lelaki, berumur dari sembilan hingga 17 tahun. Seramai 15 orang tenaga pengajar telah bersama menjayakan program tersebut.

Wakil ibu bapa, Rohayu Hassan, 35, menyatakan bahawa sekurang-kurangnya anak-anak dapat dilatih menjadi insan yang soleh dan mendengar kata ibu bapa, beliau amat menyambut baik program sebegini.

“Syukur program ini telah adakan malah anak-anak mendapat banyak ilmu dunia dan akhirat,” ujarnya.

Peserta Kem, Tengku Nur Sufina Tengku Yusri, 16, dari Bandar Baru, Tanah Merah, berkata beliau amat gembira dan seronok dapat menyertai kem ini.

“Banyak yang saya belajar di sini bagi membentuk jati diri di samping dapat ramai kawan baru,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda