Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

4,000 Hadir Sambutan Hari Raya Undang Luak Jelebu

By 25 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abd Halim Jumat (Jelebu)

JELEBU, 25 Apr (Malaysiaaktif) – Lebih 4,000 orang menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Yang Teramat Mulia (YTM) Undang Luak Jelebu semalam.

Majlis anjuran Balai Undang Luak Jelebu ini telah diadakan di Dewan D’Sury Kuala Klawang bermula pukul 10.00 pagi hingga 3.00 petang dan menyediakan pelbagai juadah untuk tetamu.

Undang Luak Jelebu ke-16 Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad ketika ditemui berkata, sokongan daripada pelbagai pihak dalam majlis seperti ini menjadikan institusi Undang di luak ini rapat dan selalu bersama dengan pemimpin tempatan, rakyat dan kepimpinan adat di luak ini.

Pengunjung Sharipah Ismail, 52, berkata beliau memang menunggu undangan sambutan Hari Raya Aidilfitri daripada Balai Undang Luak Jelebu.

“Selain dapat berjumpa dan mengenali penduduk Jelebu, paling penting dapat bergambar dengan YTM Undang Luak Jelebu yang sangat mesra,” katanya.

Majlis ini turut dihadiri YTM Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Muhammad Abdullah Undang Luak Johol, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ahli Parlimen Jelebu Datuk Jalaluddin Alias.

-ZS-

Tinggalkan komen anda