Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Rumah Terbuka TYT Sesak Terima Kunjungan Pelbagai Lapisan Masyarakat

By 24 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)

KUCHING, 24 Apr (Malaysiaaktif) – Rumah Terbuka Hari Raya Kedua Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib Sabtu lalu sesak sejak pukul sepuluh pagi lagi.

Majlis ini turut dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan OKU.

“Terima kasih Tun di atas jemputan dan pengalaman ini amat berharga buat kami sekeluarga,” kata Nyawin Ranjon, 64, salah seorang masyarakat Bidayuh dari Bau.

“Walaupun berkerusi roda, ia tidak menghalang kami beramah mesra dengan TYT dan Toh Puan, saya sangat gembira pada hari ini,” tambah Nyawin lagi.

Sementara itu, menurut seorang Pegawai Pemasaran, Chan Hui Wei, 26, majlis seperti ini dapat membuktikan Sarawak sebuah negeri yang unik dan berbilang kaum.

“Pada hari ini, perpaduan dan toleransi dalam masyakat terbukti kita tidak kira bangsa, agama dan latar belakang dapat duduk bersama. Inilah kebanggaan dan keunikan negeri kita,” ujar Hui Wei yang pertama kali menyertai majlis seperti ini.

TYT dan Toh Puan juga berkenan berangkat menyantuni Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari dan isteri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang di BCCK, pada tengah hari.

-ZS-

Tinggalkan komen anda