
Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan/AADK Cawangan Segamat (Segamat)
SEGAMAT, 11 Apr (Malaysiaaktif) – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Segamat telah menganjurkan satu program yang penuh bermakna dan mengenal erti kebesaran di bulan Ramadan ini iaitu Model i-pulih (Program Ihya Ramadan Al-Kareem – Mencari Maghfirah Allah) di Dewan Harmoni AADK Segamat, kelmarin.
Seramai 50 orang klien AADK telah hadir pada program ini yang merupakan komponen utama dalam modul program psikososial. Kesedaran yang dipupuk melalui nilai-nilai kepulihan yang disampaikan dapat memberi pendekatan terhadap program rawatan dan pemulihan di dalam komuniti.
Pegawai Pemulihan AADK Segamat Mohd Zaky Zahri, berkata salah satu tujuan program ini adalah mencari pengampunan dan meraih reda Allah SWT.
Tazkirah Ramadan yang memberi manfaat kepada Klien AADK disampaikan oleh penceramah jemputan khas yang merupakan pensyarah Kolej Komuniti 2 Batu Anam, Nafi Zalman Jamaluddin.
“Ketika Allah SWT menjelaskan bahawasanya kita selaku manusia sering melakukan dosa siang dan malam, maka Allah SWT memerintahkan kepada Rasullah SAW untuk mengajarkan sebuah doa yang dianjurkan untuk dibaca siang dan malam,” katanya.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Rumah Komuniti Daerah Segamat Mohd Redzhuan Mohd Yusof dan kakitangan AADK Cawangan Segamat.
-ZS-