Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Aminuddin Serah Bantuan Aidilfitri Daerah Rembau

By 8 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Malini Md Yunos/Pejabat Daerah Rembau

REMBAU, 8 Apr (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun melalui Menteri Besar Diperbadankan (MBI) telah menyampaikan bantuan Aidilfitri sebanyak RM300 setiap seorang kepada 716 penerima peringkat daerah Rembau di Masjid Jamek An Nur dan Masjid Kariah Legong Ulu, di sini baru-baru ini.

Menurut Abdul Aziz Ahmad, 62, sumbangan bantuan Aidilfitri ini sebagai persediaan menyambut Syawal.

“Saya rasa bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan kerajaan Negeri Sembilan mendahulukan kebajikan dan kegembiraan kepada golongan yang memerlukan.

“Dengan bantuan ini dapatlah kami meraikan Aidilfitri dalam suasana gembira nanti,” katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Datuk Seri Dr. Hj. Awaluddin Said,

-ZS-

Tinggalkan komen anda