
Laporan/foto: Latifah Salleh/Haliza Mohd Taib (Muar)
MUAR, 8 Apr (Malaysiaaktif) – Pertubuhan bukan kerajaan Hal Ehwal Wanita (HELWA) bersama Pejabat Daerah Muar dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) meraikan 22 orang ibu tunggal dan asnaf di dalam Majlis Khatam al-Quran di kediaman rasmi Pegawai Daerah Muar, Khamis lalu.
“Kita hendaklah bermohon doa agar ditetapkan iman dan berusaha mencari keredaan Allah, sentiasa bersedekah kerana ia akan jadi bekalan kita nanti.
“Dunia akan ditinggalkan, akhirat akan kekal. Jadi jagalah iman jagalah Islam,” kata pencermah program, Hajah Marilah Mahmod.
Penerima sumbangan, Maslinda Manas, 54, meluahkan rasa bersyukur apabila menerima bantuan barang makanan dan wang tunai daripada pihak penganjur.
“Segala pemberian ini dapat dimanfaatkan untuk menyambut Aidilfitri nanti,” katanya.
Turut hadir Pengerusi HELWA Daerah Muar Zarimah Shafie dan Timbalan Pengerusi HELWA Daerah Muar Mazidah Ismail.
-ZS-