Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Cuaca Panas di Sik, Orang Ramai Dinasihat Kurangkan Aktiviti Luar

By 14 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Sharul Effandi Yusof (Sik)

SIK, 14 Apr (Malaysiaaktif) – Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia termasuk daerah Sik diramalkan mengalami kemuncak cuaca panas sehingga suhu maksimum mencecah 37 darjah Celsius.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) melaporkan, Sik berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) dan fenomena ini dijangka berterusan selama tiga hari berturut-turut.

Selain Sik, beberapa kawasan lain seperti Hulu Perak, Kinta dan Jeli turut tersenarai dalam tahap 1 kategori berjaga-jaga.

Sementara itu, Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sik Lt. (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah menasihati orang ramai supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah berikutan cuaca panas yang boleh menyebabkan strok haba.

“Cuaca panas juga turut mengundang reptilia berbisa seperti ular yang memasuki kediaman bagi mencari tempat yang lebih sejuk untuk berlindung khasnya bilik air,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda