Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)
MELAKA, 14 Apr (Malaysiaaktif) – Persiapan Hari Raya Aidilfitri lebih bermakna apabila 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah menerima sebanyak RM700 hari ini.
Menurut Penjawat Awam, Haniza Harun, 39, beliau berterima kasih atas kesungguhan kerajaan memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada penjawat awam.
“Wang bantuan ini akan digunakan untuk membuat persiapan menjelang hari raya seperti baju, biskut dan perjalanan pulang ke kampung nanti,” ujar Haniza.
Sementara itu, seramai 3.46 juta penerima BKKA berjumlah RM1.572 bilion membabitkan penjawat awam, pesara kerajaan, pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan.
-ZS-