
Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Alor Gajah)
ALOR GAJAH, 13 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 310 orang golongan kurang bernasib baik menerima sumbangan bantuan Aidilfitri bagi Parlimen Alor Gajah dalam satu majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Kalsom Nordin, berkata program ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan, memperuntukkan dana sebanyak RM348,000 untuk diagihkan kepada penerima yang merangkumi enam Parlimen di seluruh negeri Melaka.
“Program ini juga diharap dapat menjadi salah satu platform kepada wakil-wakil rakyat untuk turun padang bertemu rakyat, mendengar sendiri keluh kesah rakyat supaya dapat mewujudkan jalinan perhubungan yang baik antara wakil rakyat dan rakyat tempatan,” katanya.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan Fairul Nizam Roslan, ADUN Machap Jaya Ngwe Hee Sem dan ADUN Durian Tunggal Zahari Abd Khalil.
-ZS-