Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jelajah Ramadan 2023 : LADA Santuni Komuniti Langkawi

By 6 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama bersama anak syarikatnya telah menganjurkan program Jelajah Ramadan Langkawi 2023 yang diadakan dalam tiga siri.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Sektor Pengurusan) LADA Ahmad Fuad Che Ani@Abdul Ghani objektif penganjuran program ini adalah untuk menyantuni golongan asnaf dan mengeratkan lagi tali silaturrahim serta semangat kebersamaan antara keluarga LADA, anak syarikat serta komuniti setempat.

“Seramai 33 orang asnaf dari setiap mukim yang terlibat akan menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan bernilai sekitar RM150 sepanjang tiga kali program ini berlangsung.

“Kita mengambil jumlah 33 orang penerima ini, sinonim kepada sambutan ulang tahun penubuhan LADA yang ke-33 pada tahun ini,” katanya di Masjid At-Taqwa, Kampung Kisap, Mukim Kuah, di sini kelmarin.

Salah seorang penerima Mohd Yusof Abdullah, 73, berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada LADA dan semua yang terlibat atas sumbangan yang diberikan kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda