Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Ahli Majlis, PBT Diseru Teroka Bidang Baharu

By 6 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip/Mohd Maqdi Salleh (Sabah)

TAWAU, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Tawau yang baharu dilantik serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diharap dapat meneroka bidang baharu demi perkembangan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di Tawau.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata demikian ketika ditemui di Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Tawau (MPT), di sini Selasa lalu.

Menurutnya, PBT dan Ahli-Ahli Majlis harus bersedia dengan pelbagai cabaran demi memberikan keselesaan dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“PBT dan ahli majlis harus memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi dan keselesaan rakyat di negeri ini. Barisan Ahli Majlis baharu perlu mengetahui matlmat PBT dan dasar kerajaan negeri dalam melaksanakan kewajipan tugas masing-masing.

“Lengkapkan diri juga dengan ilmu, kefahaman fungsi, peranan dan tugas disandang serta peka terhadap hal ehwal kerajaan tempatan,” ujarnya.

Dr. Joachim turut berharap kepimpinan baharu dapat memberikan komitmen yang berintegriti, dinamik dan prihatin selaras dengan slogan Sabah Maju Jaya iaitu membawa citra inklusiviti, pemilikan bersama dan kebertanggungjawaban setiap anak Sabah bagi menjayakan pembangunan negeri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda