Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Jualan Murah Ayam Segar Tarikan Jelajah Hari Usahawan

By 17 April 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Faizzad (Muallim)/Syafiqah Shuhaimi (Pejabat Daerah dan Tanah Muallim)

BEHRANG, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Pengunjung Dewan Seri Tanjung, Tanjong Malim tidak melepaskan peluang membeli ayam segar dengan harga semurah RM5 untuk jualan ‘happy hour’ sempena Jelajah Hari Usahawan Negeri Perak dan Jualan Ambang Aidilfitri Daerah Muallim, di sini semalam.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi K Saraswathy memuji usaha Kerajaan Negeri Perak yang mengambil inisiatif mengadakan siri Jelajah Hari Usahawan di setiap daerah.

“Menerusi jelajah yang masuk kali ketiga ini, lebih 40 agensi persekutuan dan negeri membuka kaunter perkhidmatan dan menawarkan khidmat nasihat berkaitan keusahawanan selain lebih 40 usahawan dan komuniti koperasi turut terlibat dalam aktiviti jualan barangan keperluan pengguna.

“Ini usaha yang baik dan wajar dimanfaatkan oleh usahawan dan bakal usahawan untuk mendapatkan khidmat nasihat pengurusan agar lebih berjaya dalam perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis.

Tambah K Saraswathy, beliau berharap semua usahawan khususnya remaja yang ingin menceburi bidang perniagaan ini mendapatkan nasihat awal dari segi pengurusan perniagaan dan kewangan yang disediakan kerajaan di bawah pelbagai kementerian.

“Dengan langkah ini mereka boleh meneruskan perniagaan tanpa sebarang sekatan atau halangan pada masa akan datang,” ujarnya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usawahan Negeri Perak Salbiah Mohamed.

-ZS-

Tinggalkan komen anda